Latest from Islamic Investment Malaysia

Monday, October 26, 2020

2 jenis pulangan dalam pelaburan dana unit amanah


Antara soalan kegemaran orang ramai berkaitan pelaburan dana unit amanah adalah "Macam mana kita nak peroleh keuntungan?".

Sebelum itu, mari kita fahami terlebih dahulu apa itu pelaburan dana unit amanah. Konsep asasnya mudah; orang yang berminat untuk melabur atau pelabur akan meletakkan sejumlah wang yang kemudiannya dikumpul secara kolektif ke dalam satu dana pelaburan. Dana pelaburan ini akan diuruskan oleh pengurus dana yang profesional dan berpengalaman untuk mendapatkan potensi pulangan optimum.

Jadi, bagaimana anda menjana keuntungan melalui pelaburan ini? Ada 2 jenis potensi keuntungan yang anda boleh peroleh iaitu sama ada melalui agihan pendapatan dana atau kenaikan harga dana.
-----------------------------
A. Agihan Pendapatan
Terma yang paling kerap digunapakai adalah pemberian dividen. Kebiasaannya apabila agihan pendapatan diumumkan, jumlah agihan yang diperoleh akan dilaburkan semula secara automatik dalam dana tersebut dan diberikan dalam bentuk tambahan unit.

Contoh kiraan kasar; PMB Investment mengumumkan agihan pendapatan 3.50 sen seunit bagi PMB Shariah Premier Fund (PMBSPF).

Shahrul mempunyai 100,000 unit dana PMBSPF, jadi agihan pendapatan yang diterimanya adalah RM3,500. (100,000 unit x RM0.035)

Katakan ketika itu harga seunit dana PMBSPF adalah RM0.50, maka tambahan unit yang diterima Shahrul adalah 7,000 unit. (RM3,500/RM0.50)

Jumlah unit terkini Shahrul (selepas agihan pendapatan) adalah sebanyak 107,000 unit.
-----------------------------
B. Kenaikan harga dana
Contoh kiraan kasar; Syazuwan melabur RM10,000 untuk membeli dana yang berharga RM1.00 seunit. Selepas ditolak fi jualan sebanyak 6%, Syazuwan mempunyai 9,400 unit.

Katakan dalam masa 2 bulan, harga dana tersebut meningkat menjadi RM1.20 seunit dan Syazuwan bercadang untuk menjual semua unitnya. Maka amaun yang diperoleh Syazuwan adalah RM11,280 (9,400 unit x RM1.20).

Jadi, keuntungan yang diperolehnya dalam masa 2 bulan adalah RM1,280 (RM11,280 - RM10,000)
-----------------------------
Menarik bukan? Walaubagaimanapun, perlu diingat, dua situasi di atas adalah sekadar gambaran melalui kiraan kasar bagi tujuan pemahaman. Prestasi dana unit amanah ada naik turunnya dan tidak boleh bersandar pada prestasi lalu semata-mata. Apa yang penting, sebelum membuat keputusan melabur, anda perlu fahami dahulu risiko-risiko yang akan dihadapi dan sebagainya.

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk melabur?

Hubungi:
www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment
Sanusi | GAM & Consultant
PMB INVESTMENT | KL

No comments: