Latest from Islamic Investment Malaysia

Wednesday, November 11, 2020

Konsep kepelbagaian dalam pelaburan dana unit amanah



"Don't pull all your eggs in one basket"

Pernyataan di atas merupakan istilah paling popular dalam mana-mana bentuk pelaburan. Dari sudut pelaburan dana unit amanah, penyataan di atas memberikan gambaran mengenai konsep 'diversification' atau mempelbagaikan portfolio pelaburan anda dengan 2 objektif utama, iaitu bagi meningkatkan potensi perolehan keuntungan dan mengurangkan risiko kerugian

Antara tips atau cadangan bentuk 'diversification' yang boleh diaplikasikan dalam pelaburan unit amanah anda adalah seperti;

I. Mempelbagaikan pelaburan melalui 2-3 syarikat.

Contohnya anda melabur dalam syarikat A, B dan C. Prestasi dana syarikat A dan B tidak begitu baik, tetapi dana syarikat C berjaya memberikan keuntungan untuk menutup kerugian pelaburan anda di syarikat A dan B. Bayangkan jika ketiga-tiga syarikat memberikan pulangan yang memberangsangkan?

II. Membahagikan peruntukan pelaburan ke dana berbeza objektif.

Katakan anda mempunyai RM1,000, maka anda boleh bahagikan amaun tersebut kepada 2 jenis dana; RM500 ke dalam dana ekuiti yang berisiko tinggi tetapi berpotensi memberi pulangan yang tinggi manakala bakinya ke dalam dana sukuk dan pasaran wang yang lebih rendah risiko dengan pulangan yang rendah tetapi stabil. Dengan ini secara tidak langsung, risiko kerugian berjaya dikurangkan.

III. Mempelbagaikan pelaburan mengikut negara pasaran.

Di Malaysia kini terdapat banyak syarikat pelaburan dana unit amanah menawarkan pelbagai jenis dana yang melabur dalam dana pasaran tempatan serta luar negara. Jika pasaran tempatan tidak begitu stabil, anda berpotensi untuk peroleh faedah daripada dana anda yang melabur dalam pasaran global atau sebaliknya. Disini juga merupakan peluang untuk anda membeli saham-saham terkenal seperti Apple dan Microsoft melalui pelaburan dana unit amanah yang melabur di pasaran global.
-------------------------
Ingin mengetahui berkaitan dana-dana yang ditawarkan PMB Investment? Anda boleh layari laman sesawang kami di www.pmbinvestment.com.my, berkunjung ke mana-mana pejabat jualan kami yang berdekatan atau PM sahaja konsultan bertauliah kami yang aktif di media sosial untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

No comments: